Islam Menggalakan Umatnya Mengembara
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » Islam Menggalakan Umatnya Mengembara
Islam Menggalakan Umatnya Mengembara

Sejarah telah membuktikan bahawa berkembangnya Islam ke Tanah Melayu adalah melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab pada zaman dahulu telah mengembara berpuluh-puluh ribu kilometer semata-mata untuk berdagang dan mengembangkan perniagaan mereka di rantau Asia khususnya. Kedatangan mereka bukan sahaja membawa masuk barangan dagangan dari negara mereka, malah mereka juga membawa Islam yang kemudiannya telah memberi 'nur' kepada seluruh Tanah Melayu sehingga sekarang.

Ya, Islam berkembang melalui pengembaraan. Malah dengan mengembara juga, kita dapat menimba begitu banyak ilmu dan pengalaman. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim" (Riwayat Saidina Anas).

Rasulullah SAW sendiri menyuruh kita mengembara untuk mencari ilmu. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman.

Bukan itu sahaja, sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW pernah menyuruh sahabatnya mengembara dan meninjau keadaan di Habsyah dan beberapa tempat lain bagi mencari peluang untuk Islam bertapak dan berkembang di situ.

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang musafir” (Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Daud dan Tarmidzi). Lihat, betapa tingginya taraf orang yang bermusafir atau mengembara sehingga doanya antara yang paling mustajab.

Jika hendak bermusafir, baginda Rasulullah SAW selalu memulakan perjalanan pada hari Khamis dan di waktu malam. Melalui hadis diriwayat oleh Bukhari: “Rasulullah SAW berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis". Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud pula, Rasulullah SAW bersabda: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”

Ibn Battuta

Seorang tokoh dan cendiakawan Islam, Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta atau lebih dikenali sebagai Ibn Battuta, diiktiraf sebagai pengembara paling hebat dalam sejarah manusia. Beliau mengembara sejauh lebih kurang 117,000 kilometer selama hampir 30 tahun. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battutta yang berasal dari Maghribi memulakan langkah pertama dalam pengembaraannya ketika hendak menunaikan Haji di Mekah semasa berusia 24 tahun. Perjalanannya mengambil masa selama 16 bulan dan sejak daripada itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjalanan menakluk dunia selepas mendapat gelaran haji.

Kisah-kisah yang disebutkan tadi adalah berdasarkan catatan-catatan sejarah. Namun apa pula kata Allah SWT tentang pengembaraan?

Allah telah berfirman: "Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada". (Surah Al-Hajj, ayat 46)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam menggalakkan umatnya mengembara atau melancong kerana dengan cara itu, kita boleh mengukuhkan iman dan takwa melalui siri pengalaman dan pengajaran yang kita temui di sepanjang perjalanan. Mata hati dan minda perlu dibuka untuk menilai, memahami dan mengambil pengajaran agar pengembaraan yang kita lalui menjadikan kita lebih dekat dengan Allah.

Bumi ciptaan Allah ini terlalu luas. Apa gunanya dijadikan bumi ini jika kita sebagai khalifahnya tidak meneroka dan menjelajah. Jika dilihat daripada sudut keimanan terhadap semua ciptaan-Nya yang sempurna dan indah, fikiran dan perasaan akan menjadi tenang. Orang beriman semakin bertambah imannya setiap kali melihat kejadian alam yang memperlihatkan kelainan.

Firman Allah yang bermaksud: "Kau tidak melihat sekali-kali pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah, sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?" (Surah Al-Mulk, ayat 3)
 

Pompeii, bandar Rom yang musnah ditenggelami lava

gunung berapi pada tahun 79 SM.

Melancong atau mengembara juga memberi kesempatan untuk kita melihat sendiri kehidupan masyarakat di tempat orang, lebih-lebih lagi di tempat yang kurang bernasib baik berbanding negara kita. Melihatkan kemunduran dan kemusnahan di tempat mereka membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita telah nikmati di negara sendiri. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah.” (Surah al-Anam, ayat 11)

Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Katakanlah: Jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana akibat (yang menimpa) orang yang berdosa.” (Surah an-Naml, ayat 69)

Mengembara bukan sekadar untuk berhibur dan berlibur. Dalam kita bersantai, jangan kita lupa untuk memanfaatkan segala yang kita peroleh semasa di dalam perjalanan untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah. Panjatkan rasa syukur setiap kali diberi peluang melihat ciptaan-Nya, jangan pula dicemarkan pengembaraan itu dengan perkara-perkara maksiat yang akhirnya merugikan diri sendiri kerana dimurkai Allah.

Nilai-nilai Islam perlu dibawa dan dijaga ketika mengembara. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Allah berfirman lagi: "Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia". (Surah Ali Imran, ayat 112)

Jadi teman-teman sekalian, ayuh kita mengembara. Islam sendiri menggalakkan umatnya keluar mengembara untuk melihat dunia. Jadi apa lagi alasan yang harus diberi? Kalau duit yang menjadi kekangan, kita mula dahulu dengan tempat-tempat berdekatan dengan kita. Ada rezeki lebih nanti, pergi ke tempat jauh pula. Ingat, perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama!

Top Visited
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែលCambodian Muslim..
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែល Cambodian ..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
   Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  C..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
 PAKEJ PHNOM PENH 3H/2M HARI 1: KETIBA PHNOM PENH – S21 – KILLING FIELD(././D)..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
528
Yesterday :
359
Total :
7497195
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap