kenapa perlu mengembara di usia muda
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » kenapa perlu mengembara di usia muda
kenapa perlu mengembara di usia muda
1. Mengenalpasti kemahuan dalam hidup anda

Adalah menjadi perkara normal apabila manusia tidak tahu apa yang mereka inginkan sebenarnya dalam kehidupan mereka sehinggalah mereka sendiri mencuba sesuatu. Mengembara ketika usia muda adalah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenalpasti apa tujuan hidup. Setiap negara, setiap bandar, malah setiap restoran yang anda kunjungi akan memberi peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman berbeza. Lebih baik anda sedar akan keinginan dan potensi diri di usia muda berbanding menyedarinya di kemudian hari yang ketika itu sudah pun terlewat.

2. Kurang aset menjadikan anda lebih bebas

Semakin meningkat dewasa, anda mula mengumpul aset-aset seperti kereta, rumah, keluarga dan sebagainya. Mengembara sebelum tiba peringkat itu akan menjadi lebih mudah dan bebas kerana tiada sekatan atau bebanan. Ketika itu aset pun masih belum banyak. Anda boleh mengembara dengan tempoh masa yang lama, lebih kerap dan lebih jauh.

Young Travelers
Usia ketika muda adalah waktu terbaik untuk keluar melihat dunia
 

3. Mengembara boleh menjana ilmu

Pendidikan di luar lebih luas daripada pendidikan di sekolah dan sudah tentu ianya boleh didapati melalui pengembaraan. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan yang kesemuanya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Malah sedar atau tidak, anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan, bijak menangani masalah dan sebagainya. Sesungguhnya, dunia ini adalah universiti kehidupan.

4. Mengembara menjadikan personaliti anda lebih menarik

Tiada perkara yang lebih menarik berbanding berbual dengan seseorang yang mempunyai perkara untuk diperkatakan. Anda tidak lagi menjadi kanvas putih yang membosankan, pengembaraan telah mewarnakan hidup anda menjadi lebih menarik berbanding sebelumnya. Bicara tentang pengembaraan dengan kawan-kawan dapat membuka mata mereka tentang anda dan dunia pengembaraan, malah anda mungkin menjadi inspirasi kepada mereka yang baru hendak keluar melihat dunia.

5. Dewasa dengan kaya budaya

Bila mengembara, anda terdedah dengan pelbagai budaya yang sebahagiannya pasti memberi impak kepada kehidupan anda. Dengan mempelajari budaya asing, anda akan melihat sesuatu dengan pelbagai perspektif. Setiap budaya adalah berbeza, begitu juga dengan setiap manusia. Pertukaran budaya juga menjadikan anda lebih peka dengan sekeliling, malah minda menjadi lebih merdeka dan berfikir lebih luas dalam berbicara dan mengungkapkan pendapat.
Minat untuk mengembara boleh dipupuk
dari kecil lagi

6. Belajar berdikari dan menjadi lebih bertanggungjawab

Mengembara adalah cara terbaik untuk belajar berdikari. Bila anda mengembara, semuanya bergantung pada diri anda sendiri. Anda bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan, pasport, duit dan sebagainya. Malah kesusahan dan kesulitan yang dialami semasa pengembaraan juga boleh menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.

7. Belajar menguruskan kewangan 

Kehabisan duit boleh menjejaskan perjalanan. Walaupun duit sebenarnya bukan menjadi masalah utama, tetapi tanpa duit di zaman ini, segalanya mungkin boleh menjadi mustahil untuk dilaksanakan. Tiada zon selesa apabila anda keluar mengembara, segalanya bergantung pada diri anda sendiri dalam mengawal keluar-masuk kewangan dari poket anda. Maka disebabkan itu, pengembaraan menjadi platform  terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan.

8. Tidak menyesal di kemudian hari

Tiada yang lebih teruk daripada meniti usia yang semakin meningkat dengan menyesal atas perkara yang anda tidak lakukan ketika di usia muda. Terlalu banyak untuk dilalui dan dilihat di dunia ini, jadi kenapa harus tunggu di kemudian hari untuk menikmati kehidupan anda? Tiada alasan kukuh kenapa anda harus menghabiskan masa muda anda dengan hanya bekerja. Seperti kata pepatah, jangan hidup untuk bekerja... kerja untuk hidup.

9. Kerana anda memang berhak menikmati pengembaraan

Hell yeah! Anda semua berhak memiliki masa terbaik untuk mengembara dan melihat apa yang ada di luar sana. Jangan tunggu lagi, mulakanlah langkah pertama anda untuk menjelajah dunia.  Jangan biarkan peluang ini terlepas, terokalah dunia ketika anda masih muda.
http://travelog-aiesha.blogspot.com/2011/12/9-sebab-kenapa-perlu-mengembara-di-usia.html
Top Visited
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែលCambodian Muslim..
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែល Cambodian ..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
   Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  C..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
 PAKEJ PHNOM PENH 3H/2M HARI 1: KETIBA PHNOM PENH – S21 – KILLING FIELD(././D)..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
50
Yesterday :
906
Total :
7468812
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap