Dakwa Ditipu Agensi Pelancongan 2013
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » Dakwa Ditipu Agensi Pelancongan 2013
Dakwa Ditipu Agensi Pelancongan 2013

tipu2Niat 12 warga Perak untuk melancong keluar negara hancur apabila mendakwa ditipu oleh sebuah syarikat agensi pelancongan yang berjanji menguruskan  perjalanan percutian mereka.

Seorang mangsa, Leong Yim Hun dari Ipoh yang mendakwa kerugian kira-kira RM10,000 melahirkan rasa kecewa terhadap agensi berkenaan yang kononnya berjanji akan menguruskan hal percutian ke China pada hujung tahun ini.

Menurut Leong, dia telah pergi ke agensi berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi menemui jalan buntu.

“Mereka memberi alasan perjalanan ke China harus ditangguhkan atas alasan masih belum cukup peserta, tarikh tidak sesuai dan keadaan cuaca di China pada masa ini tidak begitu baik,” katanya.

Dia berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nolee Ashili Mohammed Radzi di Ipoh hari ini.

Seorang lagi mangsa, Yip Pooi Leng dari Teluk Intan berkata, agensi tersebut tidak mahu memulangkan duit mereka walaupun sudah diminta beberapa kali.

tipu1“Apabila kami minta mereka kata duit sudah tiada dan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah, oleh itu kami bertindak membuat laporan polis dan terus berjumpa Exco Pelancong untuk membantu masalah ini,” ujarnya.

Nolee ketika diminta mengulas, menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej yang meragukan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap agensi-agensi seperti ini jika didapati bersalah, malah dari sudut pelancongan, perkara ini boleh menjejaskan imej pelancongan tambahan lagi ia berlaku di Perak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Cawangan Negeri Perak, Syahruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya akan melakukan siasat kes ini dengan segera.

Beliau memberitahu, sebelum ini terdapat beberapa kes penipuan yang telah diterima melibatkan agensi pelancongan, termasuk agensi yang menguruskan Umrah dah Haji.

“Jika siasatan membuktikan agensi ini bersalah, tindakan untuk menyenarai hitamkan syarikat, termasuk ahlinya akan dilakukan, kerana ia melibatkan penipuan wang yang besar,” Jelasnya.

Tambahnya lagi, orang ramai perlu lebih berhati-hati terhadap agensi-agensi yang licik dan berani menipu, semata-mata untuk mencari keuntungan.
http://www.peraknews.com/berita-negeri/12084-12-dakwa-ditipu-agensi-pelancongan

Top Visited
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែលCambodian Muslim..
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែល Cambodian ..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
   Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  C..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
 PAKEJ PHNOM PENH 3H/2M HARI 1: KETIBA PHNOM PENH – S21 – KILLING FIELD(././D)..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
134
Yesterday :
375
Total :
7458331
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap