Elak ditipu ketika melancong
Street Address
No 805.St 5.Phom1.Chrang Chomres1
Russeykeo.Phnom Penh Cambodia
Hubungi Kami
Sms Call WhatsAap Wechat Line Insya Allah Saya Akan Cuba Balas Permintaan Anda Secepat Mungkin.
.
+855 17 889 234 {Ustaz Ckp Malay}
+855 12 706 595 {Ustaz
Ckp Malay}

Email
cmh.holidays@gmail.com


 
  • Slide 1

    Slide 1

  • slide2

    slide2

  • Slide 3

    Slide 3

  • Slide 4

    Slide 4

  • Slide 5

    Slide 5

  • Slide 6

    Slide 6

  • Slide 7

    Slide 7

  • Slide 8

    Slide 8

Home » Elak ditipu ketika melancong
Elak ditipu ketika melancong

Tidak kira menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan atau merancang sendiri perjalanan, penipuan kerap menghantui percutian kebanyakan orang.

Jika tidak berwaspada, percutian yang sepatut­nya menyeronokkan boleh bertukar menjadi mimpi buruk.
Pengalaman keba­nyakan pelancong yang tertipu terutama meng­gunakan tempahan secara talian bagaikan menghantui semua orang.

Justeru, bagi menghindari penipuan oleh mereka yang tidak bertanggung­jawab, berhati-hati ketika merencana percutian anda.

Minggu ini, tip melancong menyenaraikan beberapa panduan bagi menghindari penipuan ketika bercuti.



Periksa agensi pelancongan yang anda gunakan.

Sebaiknya, gunakan agensi pelancongan yang memiliki reputasi baik. Anda mungkin boleh mencuba agensi pelancongan berdasarkan saranan rakan atau ahli keluarga yang pernah meng­gunakan khidmat agensi pelancongan itu.

Teliti pakej percutian yang ditawarkan termasuk penginapan dan pengang­kutan. Tanya secara terperinci harga pakej yang ditawarkan termasuk bayaran tambahan yang mungkin dikenakan ketika bercuti dan tidak dimasukkan dalam harga pakej.

Beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej percutian yang terlalu murah. Namun anda wajib mengikuti segala program yang ditentukan termasuk berkunjung ke pelbagai kedai jualan.

Anda mungkin tidak suka dengan program itu, tetapi agensi pelancongan yang anda ikuti itu pula memperoleh komisen dari pada setiap pembelian.

Bagi yang gemar berbelanja, program ini cukup menyeronokkan, tetapi bagi yang kurang gemar, ia pasti sesuatu yang cukup mengecewakan.

Oleh itu, periksa juga setiap program yang disenaraikan agensi pelancongan yang diikuti supaya anda tidak tertipu dan kecewa sepanjang percutian anda.


Periksa tiket yang anda tempah.

Beli tiket pengangkutan awam seperti pesawat, kereta dan bas melalui ejen atau penjual yang rasmi. Elak pembelian daripada ulat yang harga ditawarkan lebih mahal serta mungkin tiket yang di jual itu palsu.

Periksa tarikh dan destinasi tiket yang anda beli untuk melihat kebenaran dan kesesuaiannya dengan apa yang anda inginkan.


Gunakan insurans perjalanan.

Perjalanan ke luar negara untuk beberapa negara seperti Eropah, memerlukan pelancong memiliki insurans perjalanan sebagai syarat permohonan visa.

Hal ini sangat membantu terutama ketika mengalami kemalangan ataupun sakit dalam perjalanan.

Selain itu, insurans perjalanan juga membantu anda jika terjadi kehilangan atau kejadian pesawat tertunda. Tetapi, apa yang perlu anda lakukan adalah memilih insurans perjalanan yang boleh dipercayai dan disarankan kenalan anda. Selain itu, ketahui apa saja yang ditanggung oleh insurans anda.


Membayar dengan wang tunai.

Sebaiknya, bawa saja wang tunai secukupnya supaya anda dapat mengelak kemungkinan mengeluarkan perbelanjaan melebihi seperti yang dirancang.

Ini kerana ada kalanya perbelanjaan bagaikan tidak terkawal saat menggunakan kad kredit walaupun ia lebih praktikal dan sentiasa ada promosi yang sangat menggiurkan.

Secara tidak langsung, anda mungkin akan dibelenggu hutang yang banyak dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.


Menukar wang.

Jika ke luar negara, sebaiknya anda membawa wang dalam bentuk dolar Amerika Syarikat. Kemudian tukar ke mata wang setempat di kaunter pe­ngurup wang apabila tiba di destinasi.

Anda juga boleh memilih bank atau tempat yang bertanda sebagai tempat penukaran rasmi.

Elak menukar wang di lapangan terbang atau kaunter pengurup wang yang padat dengan pelancong kerana mereka boleh mengenakan harga yang murah.


Pilih hotel dengan reputasi tinggi.

Jangan cepat percaya dengan gambar yang digunakan sesetengah hotel terutama yang menawarkan harga murah. Gunakan saranan daripada kenalan yang mengetahui daerah yang dituju dan reputasi hotel yang ingin anda tinggal.

Cara lain adalah dengan membandingkannya de­ngan hotel lain di beberapa kawasan pelancongan. Selain itu, jika mahu menggunakan orang ketiga memesan bilik penginapan, gunakan khidmat agensi pelancongan yang boleh dipercayai.

Jika tempahan dilakukan menggunakan kad kredit, pastikan harga diskaun sesuai de­ngan yang apa yang dicaj kepada kad kredit anda.


Jangan mudah percaya dengan orang asing.

Berkenalan dengan orang yang baru anda kenali ketika perjalanan sesuatu yang menarik.

Namun berwaspada walaupun mungkin anda sekadar berkenalan untuk bertanyakan arah.

Jangan terlalu bergantung kepada orang yang baru anda kenal. Berhati-hati, jangan sampai membawa ke tempat yang mencurigakan atau tempat sunyi. Jaga barang yang anda bawa sepanjang perjalanan.


Sewa kereta atau teksi.

Ketahui takrif pe­nyewaan kereta di destinasi yang dituju. Ada sesetengah penyewa kereta yang ingin meraih keuntungan dengan memberikan harga sewa yang lebih tinggi terutama jika anda tidak mengetahui takrif kebanyakan kereta sewa.

Begitu juga dengan tek­si yang anda naiki. Gunakan teksi dengan meter dan naik teksi yang memiliki reputasi baik di daerah yang dituju.

Anda boleh bertanya pihak hotel mengenai tek­si yang boleh dipercayai di daerah atau negara yang dilawati.


Teliti harga diskaun yang ditawarkan.

Sesiapa saja pasti­nya tergoda dengan potongan harga yang ditawarkan di kedai yang menjalankan jualan murah. Ketika itu, anda bagaikan tidak terkawal saat berbelanja.

Namun supaya anda tidak tertipu, teliti produk yang dijual itu berkualiti dengan harga yang ditawarkan.

Ada baiknya periksa dulu potongan harga yang diberikan dan anda juga perlu tahu harga normal barang itu.

 http://www.hmetro.com.my/articles/Elakditipuketikamelancong/Article

Top Visited
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែលCambodian Muslim..
ខេមបូឌានមុស្លីមហូលីដេត្រាវែល Cambodian ..
HARI 1 : HO CHI MINH CITY (SAIGON) (-/-/D)Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Anda d..
   Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat  C..
HARI 1: KUALA LUMPUR - PHNOM PENH (-/-/D) · PAGI: Selepas tiba di lapangan terbang ..
 PAKEJ PHNOM PENH 3H/2M HARI 1: KETIBA PHNOM PENH – S21 – KILLING FIELD(././D)..
Phnom Penh adalah ibu kota dan terbesar di Kemboja. Terletak di tebing Sungai Mekong. Setelah dikena..
Videos Clip
OUR PARTNER
VISITORS NUMBER
Today :
392
Yesterday :
375
Total :
7458589
Flag Counter
© Copyrights 2013, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.

Facebook
Google Plus
Tweeter
Shares
 RSS
 Sitemap